Wednesday, March 20, 2013

366#Ai no Kotoba ~ [Review Buku] Lelaki Versi Dia

Dah lama dapat novel ni. Tapi tak sempat nak baca :'( Hukhuk. 
Padahal punyalah semangat nak baca novel ni. 
Takpe, takpe, tunggu habis final, kupujuk hati sendiri.
Hehe :D
Judul : Lelaki Versi Dia. 
Penulis : Aireen Aryana
Terbitan : Penerbitan Kaki Novel
Harga : Sem. Malaysia -> RM 19, Sabah/Sarawak -> RM 22
Yang ni first novel karya kak Aireen Aryana atau lebih Hana kenali sebagai kak Rinsya Chasiani di FB. Terpaut hati dengan cover LVD ni. Comel sangat x) Macam sesuai dengan love story comel comel between Wan Aakif Akmani dengan Arwin Raisha. 
Since kecik lagi si Arwin ni dah tangkap cintan dengan Aakif si abang sepupu. Alih-alih, bila dia dah besar, dah kerja, dia dapat berita dia ditunangkan dengan Aakif. Apalagi, excited plus kelirulah si Arwin ni. Konflik punya konflik, kahwin juga diorang. Tapi tak stop sampai situ ya. Ada lagi ceritanya~ Hee :D
Hana suka sangat novel ni, sempoi. Memang Hana suggestkan novel ni untuk dibeli dan dibaca (^_^)v. Cuma part tak puas hati tu, ada ke si Aakif boleh pertahankan lagi Alisya yang terang-terangan nakkan dia balik? Helo Encik Wan Aakif Akmani, awak tu dah ada isteri! Kesian Puan Arwin tu. Tak pasal-pasal makan hati ulam jantung pisang sebab sikap tak senonoh Encik Aakif tu.
Nasib baik happy ending, kalau tak Hana nak pergi bakar rumah Kak Rinsya boleh tak? *angkat kening double jerk* Cukup memuaskan hati untuk Hana yang sekarang makin cerewet nak beli novel. So, apa lagi, kepada peminat-peminat novel di luar sana, jangan lupa dapatkan novel ni di mana-mana bookstore okey?
Nota buat Kak Rinsya : Bila Kuli Rumah Untuk Dia nak keluar? Tak sabar dah ni! (>_<) Nak sangat baca versi hardcopy. Sob3 :'(
Bila-bila rajin Hana akan review novel lagi. Lepas ni nak review Kafe Damia la even dah lama habis baca :D 
Till then.
Wassalam.

3 comments:

  1. Comelnya revieww.... thanks hana! *oh tolong jgn bakar rumah akak nanti Encik Wan terpaksa beli rumah banglo sebijik lagi untuk akak okeh! hahahaha!

    ReplyDelete
  2. @RinsyaRyc aiyakkk! Drpd Encik Wan beli banglo untuk akak, baik Encik Wan hadiahkan untuk Hana :P hahaha.. welcome kak ^^

    ReplyDelete
  3. best gak novel nie,..akak dh lama tak layan novel..tak sempat laa pulak

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News